Tuesday, January 18, 2011

Salam Tahun 2011

Assalam buat semua Keluarga, Sahabat dan kenalan yang dihormati. Selamat menyambut tahun 2011 dengan penuh keceriaan. Mohon maaf agak lama juga tidak berinteraksi di blog ini. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan menambahkan lagi keceriaan dan ketabahan dalam menjalani perjalanan kehidupan yang sementara ini. Semoga dengan usaha dan tawakal kepada Yang Esa akan ditingkatkan keimanan.

Saturday, June 19, 2010

Saturday, May 29, 2010

Rawatan Radiotherapy

Sukarnya untuk menghadapi sesuatu yang tak disangka-sangka terjadi, tetapi hakikat dan kehendak Qadaq dan Qadar Nya yang menentukan. Aku telah di diagnosis sebagai positif kanser thyroid. Ianya tidak diketahui bermula pada bila. Namun seingat aku pada mula-mula melaksanakan pembedahan thyroid adalah pada Mac 2002 di WP Labuan. Kemudian aku menjalani lagi pembedahan di HKL pada 2006, 2007 dan 2008. Kemudian aku menjalani Chemotherapy pada 2009 dan terkini pada 2010 aku menjalani Radiotherapy pada Feb hingga Mac 2010. Ianya penuh dengan dugaan yang mencabar. Kepayahan dan kegetiran terpaksa aku harung demi keluarga, anak-anak dan sahabat handai. Semuanya seakan faham dan mengerti apa yang sedang aku alami. Tetapi itulah hakikat yang harus diterima. Ianya adalah Qadaq dan Qadar yang harus diyakini sebagai seorang Islam. Namun sebagai manusia yang sentiasa dalam kelemahan dan pembentukan keimanan semua ini adalah sebagai satu ujian yang harus ditempuhi dan diharungi. Banyak perkara yang aku sendiri terpaksa merujuk kepada hakikat dan ketakwaan kepada Allah SWT. Hakikat berubat menerusi Al-Quran juga terpaksa aku selidiki dan menumpang pengalaman dari orang berkaitan dengan ilmu perubatan islam. Sedikit sebanyak aku telah mengorak langkah akan keberkesanan perubatan islam adalah salah satu cabang dan sewajarnya dalam ilmu perubatan. Setakat ini aku telah semakin beransur pulih dengan mengamalkan beberapa ayat dari Al Quran yang dibaca bagi mengurangkan risiko kanser yang aku cuba lawan dari terus merebak. Doa dari orang tua, isteri, anak-anak, adik beradik, sahabat dan rakan sedikit sebanyak telah memberikan semangat yang berguna untuk aku meneruskan kehidupan yang sementara ini. Semoga dengan usaha dan doa dari semua yang mengenali akan membolahkan aku terus berusaha untuk melawani penyakit ini.

Friday, December 25, 2009

Percutian di Sandakan Pada 1 Dis 2009








Penerbangan ke Sandakan pada
1 Dis 09 jam 0715 AM dengan menaiki
pesawat Air Asia.





























Gambar semasa bercuti di Sandakan, Kota Kinabalu dan WP
Labuan mulai pada 01 Dis 2009 hingga 14 Dis 2009.

Friday, September 25, 2009

Gambar semasa 1 Syawal di Teluk Panglima Garang Banting Selangor










Disertakan gambar-gambar adik-adik semasa Hari Lebaran 1 Syawal 1430 Hijrah

Wednesday, September 23, 2009

Gambar Raya Aidil Fitri Tahun 2009


Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami sekeluarga [Samsol, Sarinah, Farhana dan Fikri]. Mohon kemaafan zahir dan batin.Wassalam.

Gambar ketika di kediaman kami
di G5-12 Perumahan DTHO
Jalan Jelatek 54200 KL


Semoga semua keluarga dan sahabat handai bergembira dengan kedatangan 1 syawal 1430 Hijrah. Salam sayang kepada semua. Wassalam....

Bergambar dengan abah di Teluk Panglima Garang, Kebun Bharu Banting Selangor pada 20 Sep 2009. [1 Syawal 1430H]





Salam Aidil Fitri 1430H [2009]

Terlebih dahulu dikesempatan ini kami sekeluarga [Samsol, Sarinah, Farhana dan Fikri] ingin merakamkan salam aidil fitri dan mohon kemaafan andai ada sebarang kesalahan pada semua sanak saudara dan sahabat handai yang dikenali.

Semoga dengan kehadiran 1 Syawal 1430H ini akan menambahkan seri hidup buat semua keluarga dan sahabat handai. Selamat menyambut Hari Lebaran Aidil Fitri dari kami semua sekeluarga.



Semua gambar keluarga semasa 1 Syawal di Teluk Panglima Garang di rumah abah telah dibuat slide show menerusi video. Sekian, terima kasih. Wassalam...